Jika kamu ingin tahu kedudukanmu disisi Allah, maka lihatlah kedudukan Allah di hatimu

Senin, 04 Juli 2011

MENGKAFIRKAN UMAT ISLAM


Disediakan oleh;
Abu Lehyah Al-Kelantany
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد


MENGKAFIRKAN UMAT ISLAM TANPA SEBAB YANG DIBENARKAN OLEH SYARAK.
Al-Allamah al-Mufassir Al-Muhaddith Syeikh Yusuf al-Dijwi merupakan antara ulamak-ulamak Al-Azhar yang terulung, beliau menyifatkan fahaman Ibn Taymiyah, Ibn Qayyim, Syaukany dan termasuk juga Al-Wahhabiyah sebagai suatu jemaah yang mengkafirkan umat Islam selepas disebut secara panjang lebar di dalam kitab (( مقالات وفتاوى )) di bawah tajuk “At-Tawassul”, m/s 134 : ” Kami telah menulis suatu ucapan yang ringkas padat pada membicarakan tentang amalan bertawassul kepada Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam. Dan kami tahzirkan / waspadakan supaya berhati-hati dengan pelampau-pelampau agama dan sesiapa yang mengikut “style” pengkafiran mereka dengan mengkafirkan seluruh Umat muslimin. Kami Katakan kepada mereka : Sesungguhnya pengkafiran itu merupakan sesuatu perkara yang besar, tidaklah sepatutnya kepada mereka yang memelihara agamanya pantas melakukannya”.
 
MENGKAFIRKAN UMAT ISLAM DAN MENGHALALKAN DARAH UMAT ISLAM.
Menurut Al-Allamah al-Mufassir Al-Muhaddits Syeikh Yusuf al-Dijwi apabila membahaskan tentang keharusan amalan bertawasssul dengan para nabi dan para rasul dan para ulamak solihin pada M/s 136 : ” Maka bagaimana boleh mereka mengkafirkan Umat Islam dan menghalalkan darah-darah mereka, harta benda mereka lantaran kerana mereka melakukan amalan bertawassul dan beristighothah, sehinggalah pada pengishtilahan mereka, orang yang tidak bertepatan dengan apa yang mereka pegang. Pertelingkahan pada makna bukan pada lafadz??!”.



Lihat bagaimana golongan Wahabi menkafirkan Ulama’ Asya’irah.Siapakah ahli Takfir?? siapakah yang mula menimbulkan api fitnah takfir?? Kami mempertahankan ASWj dari pengkafiran golongan Khawarij moden ini.
HATI-HATI SAMA ALIRAN WAHABI................OKEY

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Anda pengunjung yang ke